Saturday, 9 February 2013

Tanda-tanda CINTA kepada ALLAH

kita selalu cakap cinta kepada Allah, cinta pada rasul. Tapi mulut tak serupa hati. So, lets check it out samaada kita betul-betul cinta pada Allah atau tak.

  1. Cinta akan kematian
  2. Bermunajat kepada allah.
  3. Sentiasa berzikir kepada allah
  4. Berjuang dijalan allah
  5. Melakukan ketaatan dirasakan kenikmatan
  6. Tidak berduka apabila kehilangan sesuatu
  7. Menundukkan nafsu
  8. Menjalin kasih sayang sesama makhluk
  9. Takut berpaling daripada allah

Madah cinta illahi



Ketika aku memohon kepada allah kekuatan
Allah memberiku kekuatan agar aku menjadi lebih kuat,
Ketika aku memohon kepada allah kebijaksanaan,
Allah memberiku akal untuk berfikir,
Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika aku memohon kepada allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk aku atasi,
Ketika aku memohon kepada allah sebuah cinta
Allah memberiku hamba-hambanya yang bermasalah untuk ku hulurkan bantuan
Dan ketika aku memohon kepada allah bantuan,
Allah memberiku kesempatan

Aku tidak pernah menerima apa yang aku pinta
Tetapi….
Aku menerima apa yang aku perlukan…
Itulah tanda cinta allah pada hambanya

p/s: Semoga hati kita tidak pernah buta untuk melihat hikmah-hikmah yang terselit disebalik cebisan-cebisan ujianNYA.

Cebisan Hadiah dari Syurga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥


.....ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ...

Allahuakhbar, Allah Maha besar, maha berkusa dan yang merajai setiap zarah-zarah yang tercipta. 

Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hambanya diluar keupayaan hambanya. Ya Allah, tanamkanlah dalam benak, jiwa dan biar setiap titis darah yang mengalir diseluruh jasad ini percaya akan hadiah dari mu yang menantiku disyurga atas segala ujian yang kau berikan padaku.

 
“Dan itulah syurga yang diwahyukan kepada kamu disebabkan perbuatan yang telah kamu kerjakan. Di dalam syurga itu terdapat banyak buah-buahan untukmu yang sebahagiannya kamu makan.” (Az-Zukhruf: 72-73)

Berkorban Demi Cinta


Pengorbanan seseorang itu terhadap yang diCINTAnya boleh berlaku dalam beberapa bentuk:

Cinta akan keluarga, rela berkorban masa dan tenaga untuk memenuhi keperluan keluarga,

Cinta pada harta, rela berkorban biar harus memerah keringat sepenuh tenaga,

Cinta pada pangkat, rela berkorban biar kehilangan keluarga dan teman,

Cinta pada pasangan, rela berkorban dengan memberikan apapun tanpa diminta,

Cinta pada wang, rela berkorban walaupun hilang kehormatan,

Semuanya itu adalah pengorbanan demi keduniaan tapi bagaimana dengan cinta pada ALLAH untuk akhirat nanti, tempat kita kembali?

Semoga saya dan para pembaca menemui cinta sejati yang membawa dan mendekatkan hati kita pada Allah.

Renung-renungkanlah saudara-saudara seislam sekalian...

Thursday, 7 February 2013

Mertua Vs Menantu: Suami @ Ibu?



Seringkali berlaku dilema dalam pernikahan apabila isteri harus memilih antara kehendak suami dan keinginan ibu.

Syurga di bawah tapak kaki ibu manakala syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Ibu atau suami? Telunjuk siapa yang harus dituruti oleh isteri dalam satu situasi dengan dua pendapat yang bertentangan?

- Jika ibu dan suami bertentangan pendapat, rasional kehendak antara suami dan ibu harus dipertimbangkan.

 - Sesungguhnya, pemimpin bagi isteri itu adalah suami. Dalam Surah An- Nisa ayat 59, Allah s.w.t. berfirman:
" Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah, rasul dan pemimpin di kalangan kamu"
Suami adalah pemimpin bagi seorang isteri. Maka, adalah wajib untuk isteri mentaati arahan suaminya selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika isteri harus memilih suami berbanding ibu, isteri haruslah meminta ampun kepada ibunya.


- Hadis rasulullah s.a.w. mengenai kelebihan menjadi isteri yang taat seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani:
"wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan dalam bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya."
- Jika lelaki mengambil risiko terbunuh dalam medan perperangan untuk mati syahid, isteri hanya perlu mentaati suami unutk mendapatkan ganjaran pahala yang sama. 






Wednesday, 6 February 2013

Segmen: Follow Me FOllow U

To join and more info, Click Image
I am 285 follower
♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam Ukhwah.

Untuk menebarkan sayap dakhwah, mesti ada penyampai dan pendengar. Memandangkan saya baru dalam dunia blogger, i am looking for reader.

InsyaAllah mesej yang ingin disampaikan boleh disampaikan kepada lebih ramai pembaca.

Buka bloglist, tertengok pula sengmen: Follow Me, Follow U. Semoga segmen ni dapat tarik lebih ramai pembaca. Click banner untuk sama-sama memeriahkan segmen ni.




Monday, 4 February 2013

Kisah Nabi Idris a.s


Terdapat dua ayat yang menyebut tentang Nabi Idris a.s. dalam Al-Quran iaitu surah Maryam ayat 56 dan 57




"Dan ceritakanlah hai Muhammad kepada mereka kisah Idris yang terdapat di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris menurut riwayat menetap di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah dengan mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi pengajaran hidup bagi pengikut-pengikutnya agar terselamat dari seksaan akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :
1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.

Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat Wallahu a'alam bissawab

Friday, 1 February 2013

Kisah Nabi Adam dari Al-Quran

Sumber: Al-Baqarah, Al- Maidah, Al- A'raf, As- Sajadah

♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥


Kisah pertama saya bawakan dalam kisah Al-Quran adalah kisah Nabi Adam kerana Nabi Adam merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t..

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?' 
Allah berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)

Sesungguhnya, Allah itu maha bijaksana, maha mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi serta maha berkuasa. Dengan kekuasaanNya, Allah menciptakan Nabi Adam a.s selaku khalifah pertama di dunia.  
Allah yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah.
Kemudian dia menjadikan keturunannya (keturunan Nabi Adam a.s.) dari saripati air yang hina.
Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh kedalam tubuhnya, menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur. As- Sajadah: 7-9
Setelah penciptaan Nabi Adam, Allah mengajarkan nama-nama kepadanya dan memperlihatkan kepada malaikat.
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)
Allah berfirman kepada para malaikat: Sebutkanlah nama-nama benda ini jika kamu yang benar.

Malaikat menjawap: 
Maha suci engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah engkau ajari kepada kami. Sungguh, engkaulah yang maha mengetahui, maha bijaksana.
Allah berfirman lagi: Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda itu.

Kemudian, Adam pun menyebut nama-nama benda itu 

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis yang enggan dan takbur, dan jadilah ia golongan yang kafir. (Al-Baqarah ayat 34)

Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para malaikat, iblis dan semua isi syurga untuk sujud kepada Nabi Adam. Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt kerana kesombongannya yang merasakan dirinya lebih mulia dari manusia kerana asal kejadian iblis itu dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah. Maka jadilah Iblis sebagai makhluk yang dilaknat oleh Allah swt. Oleh yang demikian,Iblis semakin berdendam dengan Nabi Adam a.s. dan iblis berjanji untuk menyesatkan Nabi Adam dan keturunannya termasuklah kita semua, manusia yang bernafas di muka bumi ini. 

Setelah itu, Allah memerintahkan iblis untuk keluar dari syurga hinggalah hari pembalasan.

Iblis berkata: Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.

Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).

Iblis: Karena engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan menyesatkan mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian, pasti aku mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kiri dan dari kanan mereka dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.

Allah berfirman: Keluarlah kamu dari syurga dalam keadaan yang terhina dan terusir! Sesungguhnya barang sesiapa yang mengikutimu, pasti akan aku isi neraka jahanam dengan kamu semua.

Syaitan menjawab: Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang soleh di antara mereka.

Maka, hiduplah Syaitan selaku makhluk Allah yang menyesatkan manusia kerana dendamnya.

Setelah itu, tinggallah Adam a.s di dalam syurga dengan penuh kenikmatan. Akan tetapi, baginda merasa sunyi berseorangan. Akan kerana kasih Allah terhadap makhluknya, Allah menciptakan Hawa sebagai pendamping baginda menemani hari-hari baginda di dalam syurga.


Kemudian Allah berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, yakni pohon Khuldi. Jika kamu menghampirinya, jadilah kamu golongan orang-orang yang zalim. Al-Baqarah ayat 35



Syaitan melihat satu peluang untuk membalas dendamnya. Syaitan pun mengambil peluang untuk menyesatkan Nabi Adam a.s. melalui larangan Allah s.w.t dengan memperdayakan Nabi Adam dan menghasut baginda untuk mendekati pohon itu. 

Iblis: tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal didalam syurga. Sesungguhnya aku ini menjadi penasihat kepada kamu berdua.

Akibat tipu daya Syaitan, baginda dan isterinya memakan buah Khuldi.

Allah berfirman: bukankah aku telah melarang kamu dari pohon itu? dan aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu berdua.

Keduanya berkata: Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

Allah berfirman: turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan. Di sana kamu hidup di sana kamu mati dan dari sana pula kamu akan dibangkitkan.


Kemudian, hiduplah baginda dan isteri di bumi. Setelah beberapa lama, mereka dikurniakan anak yang diberi nama Qabil dan Habil.
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Qabil: Sungguh, aku pasti membunuhmu

Habil: Sesungguhnya, Allah hanya menerima amal dari orang yang bertaqwa. Sungguh, jika engkau menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Aku takut kepada Allah, tuhan seluruh Alam.

Habil berkata lagi: sesungguhnya, aku ingin agar engkau membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri. Maka, engkau akan menjadi penghuni neraka dan itulah balasan bagi orang yang zalim.

Nafsu Qabil mendorongnya untuk membunuh saudaranya. Kemudian, dia pun benar-benar membunuhnya. Maka, jadilah dia termasuk orang-orang yang rugi.


Kemudian, Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk memperlihatkan kepada Qabil bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya.

Qabil: oh, celaka aku! bagaimana aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku?

Maka, jadilah dia termasuk orang-orang yang menyesal.

Terlalu banyak pengajaran yang terselit melalui kisah Nabi Adam a.s. tapi yang pasti Syaitan itu sentiasa berusaha menyesatkan keturunan Adam walau bagaimana cara sekali pun. Mungkin pada zahirnya apa yang kita lakukan betul but who know? Syaitan bijak memutar belitkan agar yang bathil kelihatan seperti yang hak.

 Wallahualam. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah