Saturday, 3 December 2011

Pengakhiran Yang Pasti


Seringkas mungkin aku mengukir coretan hati
Bukan sekadar untuk tatapan mata,
Ia pesanan dari hati dan untuk disampaikan 
ke hati,
Hidup ini singkat,
Cukup singkat
Kadang tak tercapai pengetahuan akal,
Mungkin hari ini,atau esok,
Mungkin tadi solat subuh yang terakhir,
Bukan hak hambaNya mencampuri urusan Rabb,
Hidup mati itu urusanNya,
Ya,maka mana urusan kita?
Urusan kita ialah amanah,
Lupakah kita yang dulu kita pernah berjanji dengan Rabb?
Janji untuk beriman dan mengakui ketauhidanNya
Hidup itu singkat,
Cukup singkat

Cinta dan Mencintai

Hargai orang di sekelilingmu,
dengan memimpin mereka ke syurga,
sayangi mereka,
dengan membimbing mereka jauh dari neraka.

Isilah hari mereka dengan cinta dan kasih sayang,
dengan kebaikan dan kesenangan jiwa,
dengan kehangatan ukhuwwah dan nasihat di atas jalanNya,

biar nanti saat mereka telah pergi,
engkau boleh berdoa untuk mereka dengan hati yang lega,
dan di akhirat nanti mereka menjadi pembela,
bukan yang mendakwa.

Tuesday, 4 October 2011

15 Sebab Turunnya Bala

Assalamualaikum..

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.



Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Aminnn~

Friday, 30 September 2011

Doa Untuk IbuBapa



"Ya Allah ya tuhanku, kasihinilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu aku kecil"

Doa Untuk Roh Ibu/Roh Bapa



Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibu/ayahku. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, hapuskanlah kesalahannya dengan rahmat-MU, wahai tuhan yang maha pengasih. 

Tuesday, 27 September 2011

All I need is ALLAH

Allhamdulillah. Praised to ALLAH.

Di saat hamba-MU ini dalam serba kekurangan. KAU utuskan malaikat-MU dalam rupa bentuk manusia bagi membantu hamba-MU yang lemah ini, ya ALLAH.

Malaikat-MU mengiringi setiap langkahku dalam kepayahan juga kesenangan.

Bersama-MU kurasakan kekuatan...

Tidak ada satu kuasa pun yang mampu meluluhkan hati ini untuk terus melangkah bersama redha-MU, ya ALLAH. Bukan ujian-ujian-Mu yang menguatkan aku, bukan juga manusia yang sentiasa cuba menjatuhkan aku.

Kerana....

Bersama-MU kurasakan kekuatan...
Engkaulah sebaik-baik sandaranku ya Allah

ALLAH is all that I need.

Doa Memohon Empat Perkara Kebaikan

" Ya Allah,kayakanlah aku dengan ILMU, hiasilah aku dengan sifar berlapang dada, muliakanlah aku dengan ketaqwaan serta indahkanlah aku dengan kesihatan "

Thursday, 22 September 2011


"Ya Allah,sesungguhnya aku mengharap kan cinta-Mu, jua cinta hamba yg mencintai Mu"

Wednesday, 21 September 2011

Doa MEMAKAI dan MENANGGALKAN pakaian


Memakai

" ya Allah, aku memohon kepada-MU kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung pada-MU dari keburukan pakaian ini dan keburukan yang ada padanya."


Menanggalkan

" Dengan nama Allah yang tiada tuhan melaikan Dia."

Adab Masuk Tandas


  1. Ketuk terlebih dahulu. Ini bagi mengetahui jika terdapat orang lain sedang menggunakan tandas tersebut.
  2. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
  3. Membaca doa masuk ke tandas. " ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada engkau daripada sesuatu yang keji"
  4. Jangan membawa masuk ke dalam tandas tulisan yang mengandungi nama-nama Allah, rasul. Ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya.
  5. Menutup kepala.
  6. Memakai selipar atau alas kaki bagi mengelakkan terkena najis.
  7. Duduk dengan memberatkan kaki sebelah kiri.
  8. Jangan kencing dalam keadaan berdiri melainkan darurat.
  9. Membasuh najis dengan tangan kiri.
  10. Kemudian beristibra' dengan cara berdehem-dehem 3kali.
  11. Jangan menghadap kiblat atau membelakanginya.
  12. Setelah keluar, baca doa " segala puji bagi Allah yang telah menghapuskan perkara-perkara yang membahayakan daripada menimpaku dan menjadikan aku sihat sejahtera."

Adab Bangun Tidur



  1. Berusaha bangun awal setiap hari. Sebaik-baiknya menjelang waktu subuh.
  2. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, cuba berzikir kepada Allah Subhana Wa Ta'ala.
  3. Hindari sikap sukar bangun dari tempat tidur kerani melayani nafsu dan berangan-angan. : )
  4. Kemaskan katil anda.
  5. Selepas bangun dari tempat tidur, bersihkan diri anda seperti menggosok gigi atau bersugi.
  6. Ketika bangkit dari tidur, jangan lakukan pergerakan yang akan mengganggu ketenteraman orang yang masih tidur.
  7. Jangan berpindah dari tempat yang hangat ke tempat yang sejuk dengan tiba-tiba kerana akan menyebabkan perubahan drastik pada suhu badan yang akan mengundang penyakit.
  8. Bangunkanlah ahli keluarga dengan lemah lembut atau membisikkan zikir ditelinganya.
  9. Membuka tingkap agar mendapatkan udara yang lebih segar.

Sunday, 18 September 2011

Doa Mendapatkan Ilmu Yang Bermanfaat



Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari ilmu yang tidak bermanfaat,
Dari hati yang tidak khusyuk,
Dari nafsu yang tidak pernah kenyang,
Dan dari DOA yang tidak pernah diperkenankan
Amin...

Janji Illahi


ALLAH tidak menjanjikan bahawa perjalanan hidup ini akan sentiasa mudah...
tetapi ALLAH telah berjanji untuk sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang berusaha mencari
redha dan kasihNYA. :)

Madah Hari Ini

Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan… 
kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan… 
kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tak dapat lari dari KESILAPAN… 
SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH  agar kita lebih tabah…


Kadangkala, Allah hilangkan seketika mentari kemudian didatangkan pula guruh dan petir berserta hujan.
 kita merintih mencari MENTARI ITU,
Tapi kita tidak tahu….
ALLAH telah menghadiahkan kita pelangi yang indah selepas hujan

Friday, 16 September 2011

Mari Bersyukur




Bersyukur itu boleh dilakukan dengan:

  1. Bersyukur dengan hati
  • Mengakui nikmat tersebut datangnya daripada Allah, Ar - Rahman.

  1. Bersyukur dengan lisan
  • Sentiasa memuji allah dengan segala nikmatnya.

  1. Syukur dengan anggota badan
  • Tidak menggunakan nikmat yang diberikan ke jalan maksiat.

Thursday, 15 September 2011

TIGA JENIS MANUSIA YANG JAUH LEBIH DICINTAI ALLAH


    Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
    Aku mencintai 3 jenis manusia. Akan tetapi aku lebih mencintai 3 jenis manusia iaitu
  1. Aku cintakan orang yang bersikap pemurah, tetapi aku lebih cinta dengan orang miskin yang pemurah.
  2. Aku cintakan orang yang rendah diri, tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
  3. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi aku lebih cintakan orang muda yang bertaubat.

Monday, 12 September 2011

Amalan Islam VS Adat


" dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawabnya " AL- ISRA' :  36


Sebuah Permulaan


Kupersembahkan jiwa ini kehadrat ALLAH…
Dan DIA pula yang akan menyelamatkannya
Inilah perjanjian antara ALLAH dan seorang hambaNYA…