Friday, 30 September 2011
Doa Untuk Roh Ibu/Roh Bapa
Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibu/ayahku. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, hapuskanlah kesalahannya dengan rahmat-MU, wahai tuhan yang maha pengasih.
Tuesday, 27 September 2011
All I need is ALLAH
Allhamdulillah. Praised to ALLAH.
Di saat hamba-MU ini dalam serba kekurangan. KAU utuskan malaikat-MU dalam rupa bentuk manusia bagi membantu hamba-MU yang lemah ini, ya ALLAH.
Malaikat-MU mengiringi setiap langkahku dalam kepayahan juga kesenangan.
Bersama-MU kurasakan kekuatan...
Tidak ada satu kuasa pun yang mampu meluluhkan hati ini untuk terus melangkah bersama redha-MU, ya ALLAH. Bukan ujian-ujian-Mu yang menguatkan aku, bukan juga manusia yang sentiasa cuba menjatuhkan aku.
Kerana....
Bersama-MU kurasakan kekuatan...
Engkaulah sebaik-baik sandaranku ya Allah
ALLAH is all that I need.
Di saat hamba-MU ini dalam serba kekurangan. KAU utuskan malaikat-MU dalam rupa bentuk manusia bagi membantu hamba-MU yang lemah ini, ya ALLAH.
Malaikat-MU mengiringi setiap langkahku dalam kepayahan juga kesenangan.
Bersama-MU kurasakan kekuatan...
Tidak ada satu kuasa pun yang mampu meluluhkan hati ini untuk terus melangkah bersama redha-MU, ya ALLAH. Bukan ujian-ujian-Mu yang menguatkan aku, bukan juga manusia yang sentiasa cuba menjatuhkan aku.
Kerana....
Bersama-MU kurasakan kekuatan...
Engkaulah sebaik-baik sandaranku ya Allah
ALLAH is all that I need.
Doa Memohon Empat Perkara Kebaikan
" Ya Allah,kayakanlah aku dengan ILMU, hiasilah aku dengan sifar berlapang dada, muliakanlah aku dengan ketaqwaan serta indahkanlah aku dengan kesihatan "
Thursday, 22 September 2011
"Ya Allah,sesungguhnya aku mengharap kan cinta-Mu, jua cinta hamba yg mencintai Mu"
Wednesday, 21 September 2011
Doa MEMAKAI dan MENANGGALKAN pakaian
Memakai
" ya Allah, aku memohon kepada-MU kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung pada-MU dari keburukan pakaian ini dan keburukan yang ada padanya."
Menanggalkan
" Dengan nama Allah yang tiada tuhan melaikan Dia."
Adab Masuk Tandas
- Ketuk terlebih dahulu. Ini bagi mengetahui jika terdapat orang lain sedang menggunakan tandas tersebut.
- Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
- Membaca doa masuk ke tandas. " ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada engkau daripada sesuatu yang keji"
- Jangan membawa masuk ke dalam tandas tulisan yang mengandungi nama-nama Allah, rasul. Ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya.
- Menutup kepala.
- Memakai selipar atau alas kaki bagi mengelakkan terkena najis.
- Duduk dengan memberatkan kaki sebelah kiri.
- Jangan kencing dalam keadaan berdiri melainkan darurat.
- Membasuh najis dengan tangan kiri.
- Kemudian beristibra' dengan cara berdehem-dehem 3kali.
- Jangan menghadap kiblat atau membelakanginya.
- Setelah keluar, baca doa " segala puji bagi Allah yang telah menghapuskan perkara-perkara yang membahayakan daripada menimpaku dan menjadikan aku sihat sejahtera."
Adab Bangun Tidur
- Berusaha bangun awal setiap hari. Sebaik-baiknya menjelang waktu subuh.
- Sebaik sahaja bangun daripada tidur, cuba berzikir kepada Allah Subhana Wa Ta'ala.
- Hindari sikap sukar bangun dari tempat tidur kerani melayani nafsu dan berangan-angan. : )
- Kemaskan katil anda.
- Selepas bangun dari tempat tidur, bersihkan diri anda seperti menggosok gigi atau bersugi.
- Ketika bangkit dari tidur, jangan lakukan pergerakan yang akan mengganggu ketenteraman orang yang masih tidur.
- Jangan berpindah dari tempat yang hangat ke tempat yang sejuk dengan tiba-tiba kerana akan menyebabkan perubahan drastik pada suhu badan yang akan mengundang penyakit.
- Bangunkanlah ahli keluarga dengan lemah lembut atau membisikkan zikir ditelinganya.
- Membuka tingkap agar mendapatkan udara yang lebih segar.
Sunday, 18 September 2011
Janji Illahi
ALLAH tidak menjanjikan bahawa perjalanan hidup ini akan sentiasa mudah...
tetapi ALLAH telah berjanji untuk sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang berusaha mencari
redha dan kasihNYA. :)
Madah Hari Ini
Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan…
kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan…
kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tak dapat lari dari KESILAPAN…
SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah…
Friday, 16 September 2011
Thursday, 15 September 2011
TIGA JENIS MANUSIA YANG JAUH LEBIH DICINTAI ALLAH
- Aku cintakan orang yang bersikap pemurah, tetapi aku lebih cinta dengan orang miskin yang pemurah.
- Aku cintakan orang yang rendah diri, tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
- Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi aku lebih cintakan orang muda yang bertaubat.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
Aku mencintai 3 jenis manusia. Akan tetapi aku lebih mencintai 3 jenis manusia iaitu
Monday, 12 September 2011
Amalan Islam VS Adat
" dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawabnya " AL- ISRA' : 36
Sebuah Permulaan
Kupersembahkan jiwa ini kehadrat ALLAH…
Dan DIA pula yang akan menyelamatkannya
Inilah perjanjian antara ALLAH dan seorang hambaNYA…
Subscribe to:
Posts (Atom)






